TENSION???? SUSAH HATI???? SAKIT HATI????
Memikirkan MASALAH ANAK Anda?...

Malas Belajar dan Tidak Berminat?
Tidak Lulus Periksa atau Keputusan Tidak Memuaskan?
Tak Faham Apa Cikgu Ajar?
Ambil Tuisyen di Pusat Tuisyen Tapi Masih Tiada Sebarang Peningkatan?
Mencari Cikgu Tuisyen Yang Sesuai dan Berbaloi Dengan Bayaran Yang Dibuat?
Anda bingung dengan masalah-masalah diatas? Masalah ini menghantui hidup anda
sehingga memeningkan kepala... "Apa nak jadi dengan anak aku ni?”.
Masalah ini memberatkan kepala anda sedangkan ada banyak masalah lain lagi yang perlu
difikirkan dalam hidup anda sehari-harian.

Anda murung?? Mahu mengamuk????
Asyik marah-marah??? Tak ada mood??? Hanya kerana masalah ini???
HENTIKAN SEMUA ITU... SEKARANG!!!!!!
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..
LATAR BELAKANG SAYA!
Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Rosyatimah
Abu Bakar dan lebih dikenali sebagai Cikgu Ros, bekerja sebagai Full Time
Tutor. Saya berpengalaman luas dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.
Setelah tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia pada tahun 1997 dan berjaya
menggenggam segulung ijazah (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian) saya bekerja sebagai Accounts Executive disalah sebuah syarikat perkilangan
selama setahun dan kemudian saya bekerja sebagai Payroll Officer di sebuah
pasaraya terbesar di Asia selama setahun, namun jiwa saya lebih berminat
kepada bidang perguruan...
Akhirnya saya bekerja sebagai Pensyarah
bagi kolej
bersekutu UiTM iaitu
disebuah pusat pengajian tinggi swasta yang terkenal di
Pantai Timur. Saya bekerja disana selama 6 tahun dan terpaksa menamatkan karier
saya sebagai pensyarah kerana mengikut insan tercinta berhijrah ke tempat lain.
Apabila menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah, saya merasakan adalah
satu kerugian yang besar jika saya tidak memanfaatkan ilmu yang saya ada . Maka
disinilah titik tolak bermulanya kerjaya saya sebagai FULL TIME TUTOR. Saya lebih
selesa bekerja sendiri kerana ingin memperuntukkan lebih banyak masa bersama
anak-anak yang semakin bertambah dan membesar. Saya mempunyai 4 orang
hero! Bertuahkan saya..he..he....
Saya juga mengajar dibeberapa buah pusat tuisyen
sekitar Puchong semenjak tahun 2008 sehinggalah hari ini, antaranya Pusat Tuisyen
Tunas Intelek di Puchong Utama dan Pusat Tuisyen Gemilang di Taman Putra
Perdana, Puchong.
SUBJEK YANG DIAJAR
Oklah..anda telah mengetahui latar belakang saya...jadi jangan ragu-ragu lagi
untuk menghubungi saya, Cikgu Ros (013-9552215) bagi membantu anda
mengatasi masalah anda/anak anda dalam pelajaran . Saya merupakan Tutor yang
berpengalaman luas dalam bidang ini.
Subjek yang saya tawarkan ialah:
-
Basic Accounting, Financial Accounting 1, Basic Management and Cost
Accounting
(pre-diploma/diploma)(*especially for UiTM programme)
-
Prinsip Perakaunan (Form 4 dan Form 5)
-
Matematik (Tahun 1 hingga Form 3)
Saya hanya menawarkan subjek yang betul-betul saya pakar kerana saya tidak
mahu membazirkan masa dan wang ringgit anda. Saya akan pastikan segala
pelaburan wang anda kepada saya berbaloi-baloi hasilnya..
KADAR BAYARAN
Kadar bayaran adalah seperti berikut:
| Subjek |
Tahap |
RM/hour/person |
Basic Accounting,
FA1, Basic MA, Cost Accounting
|
Pre diploma/diploma |
RM70/hour/person
RM65/hour/person (jika 2orang)
RM60/hour/person (jika 3orang) |
Prinsip Perakaunan
|
Form 4 dan Form 5
|
RM50/hour/person
RM45/hour/person(jika 2 orang)
RM40/hour/person(jika 3 orang)
|
Mathematics
|
Form 3
Form 2
Form 1
Tahun 6 & 5
Tahun 4
Tahun 3 & 2
Tahun 1
|
RM35/hour/person
RM30/hour/person(jika 2 orang)
RM30/hour/person(jika 3 orang)
RM30/hour/person
RM25/hour/person(jika 2 orang)
RM25/hour/person(jika 3 orang)
RM30/hour/person
RM25/hour/person(jika 2 orang)
RM25/hour/person(jika 3 orang)
RM25/hour/person
RM20/hour/person(jika 2/3 orang)
RM25/hour/person
RM20/hour/person(jika 2 orang)
RM15/hour/person(jika 3 orang
RM20/hour/person
RM15/hour/person(jika2/3 orang)
RM15/hour/person
(kadar yg sama untuk 2/3 org)
|
Mengapa 1 hingga 3 orang sahaja??? Pasti anda sedang tertanya-tanya
sekarang..
Ya!!Saya mempunyai cara tersendiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Saya hanya mengajar dalam kumpulan yang kecil kerana ingin
memberikan tumpuan 100% kepada anda/anak anda yang belajar dengan
saya.
Biasanya jika 1 jam saya mengajar, 20 minit yang pertama saya akan
menerangkan terlebih dahulu tentang topik yang ingin dipelajari, 40 minit seterusnya
pelajar membuat latihan sambil dipantau oleh saya. Bagi saya latihan amat penting
untuk membuatkan pelajar faham, “practice makes perfect”. Jika pelajar selalu
membuat latihan sendiri, mereka seolah-olah sedang menjawab dalam peperiksaan.
Kaedah ini memudahkan mereka apabila menjelangnya hari peperiksaan nanti.
MENGAPA MELETAKKAN HARGA SEDEMIKIAN
Mengapa saya meletakkan harga sedemikian??? Ini adalah kerana:
Saya berpengalaman selama lebih kurang 10 tahun dalam dunia
pembelajaran dan pengajaran ini terutamanya dalam subjek perakaunan. Saya
mempunyai teknik-teknik yang mudah bagi memahami sesuatu topik dalam subjek
perakaunan. Ingin mengetahuinya? Silalah berjumpa dengan saya...
Terdapat beberapa kos-kos lain yang TIDAK dicaj kepada anda/anak anda
seperti kos buku-buku latihan, kertas ujian dan nota-nota. Satu kelebihan bagi yang
belajar tuisyen dengan saya, saya tidak mengenakan sebarang kos pendaftaran
berbanding dengan pusat-pusat tuisyen di luar sana. Bayaran hanya dikenakan
mengikut jam yang diperuntukkan sahaja.
Saya juga menyediakan borang “laporan prestasi pembelajaran” bagi anda/
anak anda. Setiap apa yang dipelajari pada setiap pertemuan akan direkodkan dalam
borang tersebut. Jadi anda boleh memantau prestasi anda/anak anda dalam setiap
bab yang dipelajari, sama ada lemah, perlukan lebih latihan atau sebaliknya. Saya
sedaya upaya akan memastikan setiap sen yang dibayar oleh anda berbaloi-baloi
dengan apa yang diperolehi daripada saya. Insya’Allah tiada pembaziran yang akan
berlaku.
Saya akan sentiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk
anda/anak anda berjaya dalam subjek yang dipelajari. Segala persoalan berkenaan
dengan pembelajaran akan saya layan sama ada melalui panggilan telefon, sms,
email atau di facebook saya.
Alamat email saya, rosya742002@yahoo.com. Untuk
difacebook pula..www.facebook.com, search Rosyatimah Abu Bakar. Jika anda/anak
anda menghadapi sebarang masalah, jangan ragu-ragu atau segan untuk
menghubungi saya kerana saya amat mudah untuk dihubungi...dan jangan
risau...saya tidak mengenakan sebarang bayaran berhubung dengan apa-apa
persoalan yang dikemukakan melaui telefon, email atau facebook saya. Semuanya
FOC.
KEISTIMEWAAN
Mengapa anda mesti belajar dengan saya? Kerana saya mempunyai banyak
keistimewaan berbanding cikgu-cikgu lain di luar sana..
Antaranya:
Saya mempunyai 10 tahun pengalaman dalam mengajar subjek perakaunan terutamanya. Saya mempunyai teknik-teknik hebat dan mudah untuk dikongsi
bersama anda/anak anda. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan jika belajar
bersama saya.Anda/anak anda tidak akan sedar masa berlalu jika belajar dibawah
bimbingan saya. Ia pastinya satu suasana yang menyeronokkan.
Saya menawarkan masa yang flesksibel untuk pembelajaran. Anda/anak
anda pilih sendiri masa yang sesuai dengan diri anda/anak anda.
Saya menawarkan harga yang berpatutan
mengikut jam yang
diperuntukkan. Saya akan fokus kepada topik yang anda/anak anda lemah tanpa
perlu
membuang
masa
mengikut
silibus
seperti
di
sekolah
atau
pusat
tuisyen.
Oh..oh..nanti dulu jangan salah faham, maksud saya bukan tidak mengikut
silibus, saya masih mengikut silibus tetapi pelajar-pelajar boleh tumpukan terhadap
mana-mana topik yang mereka kehendaki untuk memperbaiki kelemahan mereka.
Jadi tiada pembaziran masa berlaku disini. Saya juga tidak mengenakan caj ke atas
bahan atau buku latihan yang digunakan. Saya menganggap ini sebahagian dari
amal jariah yang kecil dari saya hamba Allah yang kerdil ini. Satu lagi jangan lupa
saya juga tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran seperti pusat-pusat tuisyen
diluar sana.
Sistem pembelajaran yang sistematik. Borang laporan prestasi disediakan
untuk memantau prestasi anda/anak anda. Tumpuan yang lebih akan diberikan
kepada topik yang lemah. Melalui borang ini anda/ibu bapa boleh memantau apa
yang anda/anak anda pelajari disetiap pertemuan dengan saya.
Saya sangat mudah dihubungi, sebarang masalah boleh dirujuk segera
dengan menghubungi saya melalui medium-medium dibawah. Tiada sebarang caj
dikenakan.
TELEFON/SMS = 013-9552215
Emel = rosya742002@yahoo.com
FACEBOOK =www.facebook.com/ (search : Rosyatimah Abu Bakar)
BONUS
Alangkah bertuahnya anda bertemu dengan website ini... Selain dari keistimewaan di
atas jika anda/anak anda belajar dengan saya, ada beberapa bonus istimewa yang
ingin saya berikan:
Buku latihan percuma
Alatulis percuma
Sesi follow- up percuma
TESTIMONIAL
Dibawah ini saya lampirkan beberapa coretan daripada bekas pelajar saya. Anda
boleh menghubungi mereka jika ragu-ragu. No.telefon mereka ada disertakan.
DARI GAGAL KEPADA LULUS!
Saya gagal dalam Peperiksaan Percubaan SPM untuk subjek Prinsip
Perakaunan. Masalah ini membuatkan saya sangat susah hati. Bagaimanapun saya
berasa amat bertuah kerana dapat berguru dengan Cikgu Ros walaupun dalam masa
yang singkat sebelum menjelangnya peperiksaan SPM semasa cuti sekolah. Cikgu
Ros telah mengajar saya teknik-teknik menjawab soalan dengan betul dan cara-cara
mudah memahami sesuatu topik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya lulus
dengan gred C+ bagi subjek Prinsip Perakaunan apabila keputusan SPM
diumumkan.

(Muhammad
Hafiz ,
014-
7352524)
GURU YANG BERSEMANGAT
Saya mengenali Puan Ros semasa di kolej dahulu.Masa tu saya mengambil
subjek Basic Accounting dalam program Pre-Accounts UiTM. Saya amat berpuashati
dan seronok belajar dengan Puan Ros kerana Puan Ros adalah seorang guru yang
bersemangat ketika mengajar dan sentiasa melayan segala pertanyaan yang
diajukan. Saya sentiasa dapat berbincang dengan baik tentang apa-apa yang saya
tidak faham. Pendek kata memang best belajar dengan Puan Ros. Kalau nak tahu,
saya dapat Gred A
untuk subjek tu. Saya juga dapat A- dalam subjek Costing
semasa peringkat diploma.Terima kasih Puan Ros.

(Aidi Haron 012-9574225)
SAYA SCORE A+
Alhamdulillah...1st sem Puas Ros yang ajar saya Financial Accounting 1. Saya score..A+. Easy
to understand as she always keep it short and simple. Dulu nakal..tak pergi class.. I don't even
have my own accounting book. Pakai note saje...That's because I have a good tutor. Thanks!

(Cd Fatimah Abdullah, cdfatima@yahoo.com)
FAHAM & SERONOK BELAJAR PERAKAUNAN
Mula-mula kenal Puan Ros ingat budak-budak jugak..sebab comel jer..pastu tau-tau sekali dah kawin
dan ada baby..setakat yang saya sempat menuntut dengan Puan memang BEST!!.. saya faham apa
itu akaun yang dulu memang tak boleh masuk kepala..bila teringat dulu..rasa rugi tak sambung
degree in accounting. isk isk..dulu-dulu saya memang lemah Matematik...tapi bila saya masuk IKIP
College, dapat pensyarah-pensyarah yang penyabar, menjadikan saya lebih berminat dengan
nombor..

(Farah Wahida,
fw11_83@yahoo.com)
SENTIASA MUDAH DIHUBUNGI
Puan Ros yang saya kenal memang penyabar pada pelajar dia...Puan sanggup layan call dari saya
walaupun selepas waktu kerja.... Saya memang tak ada asas dalam accounting tapi alhamdullilah
berkat dari tunjuk ajar Puan saya faham dan best belajar akaun dengan Puan...akhirnya saya
dapat juga B+ bagi Costing dan Financial Accounting...thanks a lot Puan...You are the best...:)

(Azie Zainal, zie901@yahoo.com)
HUBUNGI SAYA SEKARANG!
Apa lagi anda di luar sana, jangan berlengah lagi. Silalah hubungi saya sebelum
jadual saya padat atau anda mungkin akan menggigit jari nanti...Kita jumpa nanti....
013-9552215 / 0176285409

CIKGU ROS
HP : 013-9552215 / 017-6285409
Tel : 03-83222277
Emel: rosya742002@yahoo.com
|